Monday 13 June 2011

PROGRAM KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN (KPI)

Mulai 2011, SMRA Johol telah mengadakan aktiviti kerohanian dan pembangunan insan kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga 3. Pelajar-pelajar dibimbing oleh mentor masing-masing. Program ini bermula pada pukul 7.30 hingga 8.05 pagi setiap hari Isnin, Selasa, Khamis Jumaat. Pengisian program tersebut ialah bacaan Al-Quran, Al Mathurat, Fardu Ain dan Tazkirah. Selepas program itu dilaksanakan para pelajar menunaikan solat sunat Dhuha bersama guru.
Para pelajar dipimpin oleh Pn.Latifah

Beberapa pelajar lelaki dibimbing oleh Ust. Abd Ghani bin Ahmad Zaighu
Beberapa orang pelajar perempuan membaca dan menghafal doa selepas solat