Thursday 8 September 2011

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 29 Julai 2011 pusat sumber SMRA Johol telah mengadakan minggu pusat sumber sekolah kali ke 2.Pelbagai pertandingan telah dijalankan. Sebelum pertandingan bermula,  majlis pelancaran minggu pss telah dilaksanakan oleh GPK 1 Tn. Hj Ahmad bin Abdullah.

Majlis pelancaran dilaksanakan oleh GPK 1 di bilik PSS

Kuiz
Pertandingan deklamasi sajak
Pertandingan Bicara Buku

LAWATAN PENANDA ARAS PSS KE SAM BESTARI USJ

Pada 28 Julai 2011 PSS  SMRA Johol telah mengadakan lawatan penanda aras pss SABK. Lawatan ini diketuai oleh GPK HEM Ust Abd Ghani bin Ahmad Zaighu. Seramai 37 orang murid  daripada tingkatan 1 &2 yang menyertai lawatan ini. Lawatan telah banyak memberi input yang berguna khususnya kepada pusat sumber sekolah.
Ketibaan peserta rombongan ke SAM Bestari USJ pada pukul 11.00 pagi


Guru-guru sedang menjamu selera
Guru-guru melihat pameran khat yang dilukis oleh murid SAMBEST


Koleksi CD dan DVD di SAMBEST

Ucapan pengetua SAMBEST
Majlis penyampaian hadiah

Sesi Bergambar peserta lawatan bersama pengetua dan guru-guru SAMBEST



Monday 18 July 2011

BULAN KECERIAAN SEKOLAH 2011

Pada 18 Julai 2011,Unit Hem SM Rendah Agama Johol telah mengadakan majlis pelancaran program Bulan Keceriaan sekolah 2011. Program ini telah dilancarkan oleh pengetua sekolah Pn. Hjh Halimah bt Kidam.
BULAN KECERIAAN SEKOLAH
Pengetua melancarkan program bulan Keceriaan sekolah 2011

Guru kelas tingkatan 1 Pn. Amirah bt Omar menerima sumbangan peralatan kebersihan

Cik Mardiana Othman menerima sumbangan peralatan bagi tingkatan 2
Cikgu Radi Azahan menerima sumbangan sebagai guru tingkatan 3

Semua murid bergambar bersama-sama guru SM Rendah Agama Johol

PROGRAM IHTIFAL BAHASA ARAB PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Pada 8 & 9 Julai 2011 SM Rendah Agama Johol telah menyertai Ihtifal Bahasa Arab peringkat negeri di SHAMS Seremban. Pertandingan yang disertai oleh murid-murid di sekolah ini meliputi perbualan, kuiz dan syarahan.


Para peserta perempuan


Guru pembimbing
Peserta perbualan

Peserta kuiz
Majlis penutupan

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR GEOGRAFI DAN B.INGGERIS 2011

Pada 30 Jun 2011, panitia Geografi telah mengadakan program teknik menjawab soalan PMR 201. Program ini bermula pada pukul 2.30- 5.00 petang. Program ini melibatkan murid-murid tingkatan 2&3.

Cikgu Hazlan daripada SMK Dato` Hj Adnan Kota memberi taklimat di dalam kelas tingkatan 3
Cikgu Hazlan turut membawa  murid untuk melihat bentuk muka bumi dengan membandingkan bentuk muka bumi di negara luar.

Pn. Aminah memberi penerangan teknik menjawab soalan PMR Bahasa Inggeris pada 7 Julai 2011

Wednesday 15 June 2011

PROGRAM 3 PENJURU & PERASMIAN GALERI SEJARAH

Pada 16 Jun 2011 (Khamis) SM Rendah Agama Johol telah mengadakan program pertemuan 3 penjuru dan majlis perasmian galeri sejarah sekolah. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

PENDAFTARAN IBU BAPA DAN PENJAGA

Perasmian Galeri Sejarah oleh En Mohd Zin Wakil Dato` Hasan bin Malek Ahli parlimen Kuala Pilah
Wakil PPD Kuala Pilah
Wakil JPNS

Pameran bahan Sejarah

Orang Kuat yang berusaha menubuhkan Galeri Sejarah ialah Pn. Latifah bt Mohd Yusoff Ketua Bidang Kemanusiaan

Program Tiga Penjuru pelajar tingkatan 1 Abu Bakar

Program 3 penjuru pelajar tingkatan 3 Umar

Perjumpaan ibu bapa , pelajar dan guru


Monday 13 June 2011

TAKLIMAT PEPERIKSAAN DI PSS SMRA JOHOL

Taklimat peperiksaan SAP online di PSS disampaikan oleh Cik Mardiana Othman. Maaf ye. PSS masih dalam proses perubahan kedudukan meja mesyuarat.
Semua guru mata pelajaran mengisi markah keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2011.
Guru-guru tekun mengisi markah para pelajar.

SAMBUTAN HARI GURU

Pada 23 Mei yang lalu, majlis sambutan hari guru telah diadakan dengan meriah. Majlis ini diadakan agak lewat memandangkan para pelajar sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pelbagai aktiviti telah dijalankan.
Para pelajar berkumpul di perkarangan bilik guru
Team Guru. Miss World lagi.

Team pelajar

Pertandingan kupas kelapa. Hati-hati cikgu.

Pengetua turut mengambil bahagian. Para pelajar tengok ni cara mengupas kelapa...
Pertandingan Futsal ke atau lumba jalan kaki cikgu...

Tengok ni cara betul kaunselor parut kelapa.
Wah, bersungguh-sungguh betul cikgu Mardiana kita ni...
Ucapan  Pengetua Pn. Hjh. Halimah bt Kidam

Ucapan Pengerusi Kelab Guru. Panjang sangat ucapan tu ustaz...

Majlis Penyampaian hadiah.

ANTARA AKTIVITI PSS...


Program Laluan Iqra 7.20- 7.30 pagi setiap hari kecuali Jumaat
Pertandingan Public Speaking peringkat Daerah Kuala Pilah

Kemaskini buku lama PSS

Teknik menjawab soalan PMR Panitia Matematik
Teknik Menjawab soalan panitia Pendidikan Islam
Pameran Buku Pustaka Fajar di Kantin Sekolah.