Wednesday 15 June 2011

PROGRAM 3 PENJURU & PERASMIAN GALERI SEJARAH

Pada 16 Jun 2011 (Khamis) SM Rendah Agama Johol telah mengadakan program pertemuan 3 penjuru dan majlis perasmian galeri sejarah sekolah. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

PENDAFTARAN IBU BAPA DAN PENJAGA

Perasmian Galeri Sejarah oleh En Mohd Zin Wakil Dato` Hasan bin Malek Ahli parlimen Kuala Pilah
Wakil PPD Kuala Pilah
Wakil JPNS

Pameran bahan Sejarah

Orang Kuat yang berusaha menubuhkan Galeri Sejarah ialah Pn. Latifah bt Mohd Yusoff Ketua Bidang Kemanusiaan

Program Tiga Penjuru pelajar tingkatan 1 Abu Bakar

Program 3 penjuru pelajar tingkatan 3 Umar

Perjumpaan ibu bapa , pelajar dan guru


Monday 13 June 2011

TAKLIMAT PEPERIKSAAN DI PSS SMRA JOHOL

Taklimat peperiksaan SAP online di PSS disampaikan oleh Cik Mardiana Othman. Maaf ye. PSS masih dalam proses perubahan kedudukan meja mesyuarat.
Semua guru mata pelajaran mengisi markah keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2011.
Guru-guru tekun mengisi markah para pelajar.

SAMBUTAN HARI GURU

Pada 23 Mei yang lalu, majlis sambutan hari guru telah diadakan dengan meriah. Majlis ini diadakan agak lewat memandangkan para pelajar sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pelbagai aktiviti telah dijalankan.
Para pelajar berkumpul di perkarangan bilik guru
Team Guru. Miss World lagi.

Team pelajar

Pertandingan kupas kelapa. Hati-hati cikgu.

Pengetua turut mengambil bahagian. Para pelajar tengok ni cara mengupas kelapa...
Pertandingan Futsal ke atau lumba jalan kaki cikgu...

Tengok ni cara betul kaunselor parut kelapa.
Wah, bersungguh-sungguh betul cikgu Mardiana kita ni...
Ucapan  Pengetua Pn. Hjh. Halimah bt Kidam

Ucapan Pengerusi Kelab Guru. Panjang sangat ucapan tu ustaz...

Majlis Penyampaian hadiah.

ANTARA AKTIVITI PSS...


Program Laluan Iqra 7.20- 7.30 pagi setiap hari kecuali Jumaat
Pertandingan Public Speaking peringkat Daerah Kuala Pilah

Kemaskini buku lama PSS

Teknik menjawab soalan PMR Panitia Matematik
Teknik Menjawab soalan panitia Pendidikan Islam
Pameran Buku Pustaka Fajar di Kantin Sekolah.


PEMANTAUAN BTP NEGERI SEMBILAN


Pemantauan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan pada 14 April 2011

Taklimat oleh Wakil PKG Johol

Taklimat berkaitan cara mengisi borang SSQS
Penerangan tentang menggunakan Kampus ASTRO oleh En. Shafie

Taklimat ICT turut disampaikan oleh En.Ghazali PKG Johol

Temenung jauh guru ICT nampaknya. Lepas ni banyaklah kerja ye.


MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

  
Para petugas bagi pendaftaran tetamu
    
   
                            Kiri pelajar cemerlang  PMR 2010 Saudari Norhayati Zamri 8A1B
                                                                                    
Kehadiran ibu bapa dan penjaga pelajar

Perasmian oleh ADUN Seri Menanti

     Barisan AJK PIBG
                    


PROGRAM KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN (KPI)

Mulai 2011, SMRA Johol telah mengadakan aktiviti kerohanian dan pembangunan insan kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga 3. Pelajar-pelajar dibimbing oleh mentor masing-masing. Program ini bermula pada pukul 7.30 hingga 8.05 pagi setiap hari Isnin, Selasa, Khamis Jumaat. Pengisian program tersebut ialah bacaan Al-Quran, Al Mathurat, Fardu Ain dan Tazkirah. Selepas program itu dilaksanakan para pelajar menunaikan solat sunat Dhuha bersama guru.
Para pelajar dipimpin oleh Pn.Latifah

Beberapa pelajar lelaki dibimbing oleh Ust. Abd Ghani bin Ahmad Zaighu
Beberapa orang pelajar perempuan membaca dan menghafal doa selepas solat

Sunday 12 June 2011

AKTIVITI UNIT ICT PSS

Berikut merupakan aktiviti  Unit ICT PSS yang telah dilaksanakan di PSS SMRA Johol


Aktiviti mengakses internet. Walaupun sekolah tidak memiliki  makmal komputer, namun PSS tetap memainkan peranan  sebagai pusat ilmu di sekolah ini.

LDP tentang  cara-cara burn CD

PROGRAM HELWANI

Program HELWANI merupakan salah satu program yang melibatkan semua guru dan pelajar perempuan di sekolah ini. Program ini bertujuan untuk guru-guru dan para pelajar berbincang tentang isu wanita. Selain daripada guru-guru berbincang dan membimbing para pelajar, pihak sekolah turut memanggil pihak luar untuk menyampaikan ilmu berkaitan kesihatan, kecantikan, hukum-hakam dan sebagainya.Aktiviti ini diadakan pada hari Jumaat minggu ke-2 dan ke-4.

Penceramah luar dijemput untuk menyampaikan ceramah kesihatan
Sesi soal jawab


AKTIVITI MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Pada      21 Januari 2011 SMRA Johol telah mengadakan aktiviti merentas Desa peringkat sekolah. Aktiviti ini diadakan dengan kerjasama daripada SMK Datuk Undang Abdul Manap.
Persediaan para peserta  ke SMKDUAM

Larian diadakan bermula dari SMKDUAM dan merentasi Kawasan kampung berhampiran
Destinasi terakhir merentas desa di SMKDUAM